KALAM PEMUDA

:: SYAWAL ::
Penyelaras Pemuda PAS Dun Paka mengucapkan Salam EidulFitri..Mudah-mudahan Ibadat Puasa Ramadhan Yang Dilakukan, Akan Menjadi Pemangkin dan Penjana Semangat JIHAD Fi Sabilillah Dalam PRU 13 Nanti..Maaf Zahir Batin..Orang Mude Geng Kite..Takbir !!!

WAJIB

LOGO PEMUDA

GALERI PEMUDA

KOPITIAM

KERAJAAN PERPADUAN

Posted by Pemuda PAS Paka 20 June 2009


Kerajaan Perpaduan: Perspektif Ketua Dewan Ulama PAS Pusat


KUALA TERENGGANU, 19 Jun – Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Dato’ Ustaz Harun Taib telah memberikan perpektif, konsep kerajaan perpaduan yang sebagaimana dikemukakan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang

Menjawab pertanyaan wartawan dalam sidang media di Pejabat PAS Terengganu semalam, katanya, beliau tidak mahu memberikan komen tetapi akan menerangkan konsep tersebut.

"Sepatutnya saya tidak komen kerana Presiden tidak ada, saya hanya akan menerangkan, bukan memberi pandangan. Ianya adalah (konsep kerajaan perpaduan) yang dikemukakan Presiden PAS,” jelas beliau.

Pesuruhjaya PAS Terengganu yang baru dilantik itu berkata, konsep kerajaan perpaduan itu mestilah dilihat urutan satu persatu bermula dengan tema ucapan dasar Muktamar PAS baru-baru ini, “Islam Memimpin Perubahan”.

Katanya, Negara Malaysia mestilah berubah dan PAS mahu perubahan itu mesti dipimpin oleh Islam.

"Kalau perubahan kerajaan dipandu oleh Islam, perubahan SPR dipandu oleh islam, perubahan kehakiman dipandu oleh Islam,”

"Sekarang ini yang mendepani kerja-kerja dan perjuangan Islam adalah PAS, jadi PAS yang akan memimpin sebuah kerajaan perpaduan, ini satu lontaran," tambah beliau.

Menurutnya, lontaran ini hanya jika semua orang (pihak) bersetuju. "DAP setuju, PKR setuju, UMNO setuju, MIC setuju, MCA setuju dan parti Sabah Sarawak setuju,” tegasnya.

Namun, beliau berkata sekiranya hanya PAS dan UMNO (sahaja) bergabung, ianya bukan sebuah kerajaan perpaduan tetapi ia adalah sebuah 'kerajaan gabungan (campuran)'.

"PAS dengan UMNO tidak timbul, bukan PAS dengan UMNO sahaja, kalau PAS dan UMNO sahaja tak perlu melontarkan secara terbuka (konsep kerajaan perpaduan), bisik-bisik dengan UMNO (sahaja boleh) tubuh kerajaan," jelasnya.

Beliau bagaimanapun menafikan sebarang gagasan dan keinginan ahli PAS untuk bergabung dengan UMNO.

Menurutnya lagi, konsep kerajaan perpaduan akan dibincangkan disemua peringkat pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

Walau bagaimanapun, beliau berkata jika semua bersetuju sekalipun, ia tidak boleh dilaksanakan kecuali satu Muktamar Khas diadakan bagi mendapat persetujuan semua ahli-ahli PAS,

Justeru, menurutnya lagi perlaksanaan kerajaan perpaduan akan mengambil masa dan tidak boleh dilaksanakan dalam masa yang singkat.

0 comments

BUKU JINGGA : KLIK !